Thursday, November 5, 2020

a

 a

a

 a

5 Tips Kurangkan Kos Baiki Kereta Yang Ditenggelami Banjir

Ramai yang risau bila tiba musim hujan lebat. Sesetengah kawasan akan mengalami banjir jika hujan lebat berterusan selama berhari-hari. Paling merisaukan adalah apabila terjadinya banjir kerana dinding rumah akan kotor, terpaksa mengalihkan barang-barang ke tempat yang tinggi, dan pelbagai lagi. Tetapi, ada satu perkara yang merisaukan juga iaitu apabila kereta ditenggelami banjir.

Kereta yang ditenggelami banjir pasti membuatkan pemilik kereta berasa runsing memikirkan kos pembaikan yang perlu ditanggung nanti. Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh mengurangkan kos baiki kereta tersebut.


1. Periksa kereta terlebih dahulu selepas banjir surut.

Sekiranya keseluruhan kereta anda ditenggelami banjir termasuklah di ruang kabin dan enjin, jangan sesekali hidupkan enjin, okay? Anda hendaklah mencabut bateri kereta anda dan panggil towing atau mekanik untuk tarik kereta anda ke bengkel.

2. Buka penutup alat elektronik selepas kereta ditarik ke bengkel.

Selepas kereta ditarik ke bengkel, anda hendaklah membuka penutup alat elektronik. Keluarkan minyak enjin, minyak gear dan juga spark plug. Diingatkan juga bahawa anda perlu mengeluarkan petrol yang telah bercampur dengan air.

3. Tukar minyak enjin yang baru.

Sekiranya minyak enjin, minyak gear dan spark plug telah bercampur dengan air, anda perlu tukar minyak enjin baru dengan ulangan 2-3 kali. Beli minyak enjin yang murah pun sudah memadai. Oh, minyak gear juga perlu diisi dengan yang baru dengan ulangan 3-4 kali supaya tidak bercampur lagi dengan air.

4. Tukar oil filter sekiranya telah dimasuki air.

Pastikan oil filter juga ditukar baru sekiranya ia telah dimasuki air. Untuk bahagian komponen yang lain, jangan lupa tukarkan juga spark plug, minyak brek, power steering, air filter dan fius yang baru.

5. Cuci kereta.

Cuci kereta anda secara semburan air deras ke semua bahagian terutama sekali enjin dan brek. Jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir ye!

Jika enjin kereta anda berjaya dihidupkan selepas mengikuti kesemua tips ini, anda sememangnya bernasib baik. Hal ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah kos yang banyak untuk memperbaiki kereta anda.

P/S: Lindungi kereta anda dengan mengambil perlindungan tambahan peril khas (bencana alam). Dengan adanya perlindungan tambahan ini, ia dapat menyelematkan anda daripada mengeluarkan kos untuk pembaikan kereta anda.

Sumber Rujukan: Thevocket.com