Thursday, November 5, 2020

a

 a

a

 a

5 Tips Kurangkan Kos Baiki Kereta Yang Ditenggelami Banjir

Ramai yang risau bila tiba musim hujan lebat. Sesetengah kawasan akan mengalami banjir jika hujan lebat berterusan selama berhari-hari. Paling merisaukan adalah apabila terjadinya banjir kerana dinding rumah akan kotor, terpaksa mengalihkan barang-barang ke tempat yang tinggi, dan pelbagai lagi. Tetapi, ada satu perkara yang merisaukan juga iaitu apabila kereta ditenggelami banjir.

Kereta yang ditenggelami banjir pasti membuatkan pemilik kereta berasa runsing memikirkan kos pembaikan yang perlu ditanggung nanti. Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh mengurangkan kos baiki kereta tersebut.


1. Periksa kereta terlebih dahulu selepas banjir surut.

Sekiranya keseluruhan kereta anda ditenggelami banjir termasuklah di ruang kabin dan enjin, jangan sesekali hidupkan enjin, okay? Anda hendaklah mencabut bateri kereta anda dan panggil towing atau mekanik untuk tarik kereta anda ke bengkel.

2. Buka penutup alat elektronik selepas kereta ditarik ke bengkel.

Selepas kereta ditarik ke bengkel, anda hendaklah membuka penutup alat elektronik. Keluarkan minyak enjin, minyak gear dan juga spark plug. Diingatkan juga bahawa anda perlu mengeluarkan petrol yang telah bercampur dengan air.

3. Tukar minyak enjin yang baru.

Sekiranya minyak enjin, minyak gear dan spark plug telah bercampur dengan air, anda perlu tukar minyak enjin baru dengan ulangan 2-3 kali. Beli minyak enjin yang murah pun sudah memadai. Oh, minyak gear juga perlu diisi dengan yang baru dengan ulangan 3-4 kali supaya tidak bercampur lagi dengan air.

4. Tukar oil filter sekiranya telah dimasuki air.

Pastikan oil filter juga ditukar baru sekiranya ia telah dimasuki air. Untuk bahagian komponen yang lain, jangan lupa tukarkan juga spark plug, minyak brek, power steering, air filter dan fius yang baru.

5. Cuci kereta.

Cuci kereta anda secara semburan air deras ke semua bahagian terutama sekali enjin dan brek. Jangan sesekali sembur ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir ye!

Jika enjin kereta anda berjaya dihidupkan selepas mengikuti kesemua tips ini, anda sememangnya bernasib baik. Hal ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah kos yang banyak untuk memperbaiki kereta anda.

P/S: Lindungi kereta anda dengan mengambil perlindungan tambahan peril khas (bencana alam). Dengan adanya perlindungan tambahan ini, ia dapat menyelematkan anda daripada mengeluarkan kos untuk pembaikan kereta anda.

Sumber Rujukan: Thevocket.com

Friday, August 7, 2020

Baiki Kereta Sendiri DIY


Terdapat 13,000 komponen  yang ada pada sesabuah kereta salon. Lebih dari 1,500 diantaranya berkerja antara satu dengan lain. Hampir 60 jenis bahan digunakan  didalam pembuatan sesabuah kereta. Hayat ekonomi bagi sesabuah kereta adalah 8 tahun atau 80,000 batu atau 128,000 kilometer. Didalam membincangkan tentang kereta biasanya para mekanik membahagikannya kepada tujuh kumpulan.

Kumpulan-kumpulanya adalah saperti berikut:-
  • Kumpulan enjin
  • Kumpulan brek dan tayar
  • Kumpulan stering
  • Kumpulan tranmisi
  • Kumpulan elektrik
  • Kumpulan saspensi
  • Kumpulan badan
Diantara ketujuh-tujuh kumpulan ini, enjin merupakan kumpulan yang memainkan peranan  utama dan yang paling banyak membuat masaalah pada sesabuah kenderaan. Diikuti dengan kumpulan brek dan tayar, stering, tranmisi, elektrik saspensi dan badan kenderaan.

Mengapa enjin?

Kerana dialah yang menjadi penggerak utama bagi sesabuah kenderaan.  Pada enjin jugalah terdapat paling banyak komponen-komponen yang  bergerak dan berkerja antara satu dengan yang lain. Pada enjin juga terdapat banyak  komponen yang memerlukan pengelenggaraan berjadual. Jika penyelenggaraan ini tidak dilakukan dengan baik dan betul mengikut masa yang ditetapkan, kenderaan itu akan berhadapan dengan lebih banyak masaalah. Kerana masaalah ini juga anda mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih bersar iaitu kemalangan jalan raya. Sayangilah diri sendiri, ibubapa, isteri dan anak-anak anda.. Dari itu kenali dan fahamilah  tentang kenderaan anda sendiri.

Brek dan tayar

Kumpulan ini tidak kurang pentingnya daripada enjin pada sesebuah  kenderaan. Ianya mempunyai jangka masa hayat kerana ianya jenis pakai  habis. Contoh, tayar apabila kita pakai ianya akan haus. Sama juga dengan pencengkam brek. Ada 2 jenis sistem brek iaitu brek kaki dan brek tangan. Brek kaki (biasanya kita pijak dengan kaki)  kita gunakan semasa hendak memperlahankan atau memberhentikan  kereta yang sedang bergerak ketika kita memandu manakala brek tangan biasanya digunakan satelah kereta berhenti dan “parking”.  

Brek berkerja dengan cara mengwujudkan geseran antara bahagian yang bergerak (drum dan disc pada tayar) dengan bahagian yang statik (pencengkam  shoe dan pad)

 Kumpulan ini sangat mustahak kerana ianya memainkan peranan utama untuk memperlahankan dan memberhentikan  kenderaan . Kegagalan pada kumpulan ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Brek  mempunyai penyelenggaraanya yang tersendiri.  Khususnya apabila pencengkam brek telah haus atau jika terdapat  kebocoran pada saluran paip minyak brek dan jika pam brek tidak berfungsi dengan baik.  Jika kita tidak mengambil berat pada perkara-perkara sebagini ianya membahayakan orang yang menaiki kereta tersebut.

Bila  membicarakan kumpulan ini, biasanya kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu
  • Bahagian pam.
  • Bahagian saluran paip minyak brek.
  • Bahagian pengcengkam.
  • Cara sistem ini bekerja.
Minyak brek dari dalam pam ditolak semasa kaki kita memijak pedel brek yang menyebabkan minyak brek mengalir ke saluran paip . Semasa ini tekanan yang tinggi berlaku pada sistem saluran minyak brek ini . Oleh kerana tekanan yang tinggi,  minyak brek menolak silinder brek yang bersambung dengan pencengkam brek pada tayar. Sekali gus pencengkam brek bergesel dengan drum atau disc yang menyebabkan geseran berlaku  dan menjadikan kenderaan menjadi  perlahan dan berhenti.

Secara keseluruhannya tahap kebaikan kumpulan ini sangat-sangat mustahak pada kenderaan anda. Ianya boleh membantu menghindarkan kita dari kemalangan jalan raya.

 Ada orang berkata “ apa nak fikir sangat, hantar saja ke workshop selesai masaalah”. Memang betul tapi tak semudah yang kita sangkakan. Bila kita hantar ke workshop untuk menukar pencengkam brek, makenik akan tukar pencengkam brek saja. Dia tak akan periksa saluran minyak brek yang  hampir rosak atau memeriksa pam yang telah mula bocor. Bagitu juga sebaliknya. Jika kita menyuruh makenik baiki pam, makenik tak akan periksa saluran minyak brek atau pencengkam brek. Kalau kita suruh makenik  periksa semua,  maka harga “workmanship” nya akan meningkat tinggi.

Saya rasa cukup setakat ini saja buat minggu ini. Semoga penerangan saya ini mendapat menafaat kepada anda semua dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Ini permulaan penerangan. Insya Allah saya akan menerangkan lebih terperinci lagi di satu bab yang akan datang. Jangan lupa untuk mengikuti siri penerangan ini lagi di laman blog ini. 

Cukup setakat ini bagi pemula bicara. Insya Allah saya akan menyambung bicara kereta ini dipaparan yang akan datang. Semoga coretan saya ini mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Pengasih disamping saya berkongsi pengetahuan dengan anda semua.